Selamat Datang Asrama KVSI

Selamat Datang Asrama KVSI

Friday, October 31, 2014

Permohonan Masuk Tahun 1 2015 Kolej Vokasional kini Dibuka.

KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR
32610 SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
05-3711370


SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PENGAMBILAN MURID BAGI
PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL

(menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)


SYARAT UMUM


a) Calon adalah Warganegara Malaysia
b) Calon Tingkatan 3 (Tiga) yang telah menduduki PT3 2014
c) Calon sihat tubuh badan d) Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, 
    kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada       melaksanakan kerja amali)
e) Calon berminat dengan bidang dipohon


INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL

(menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)

A. KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 


1. Teknologi Elektrik 

Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC & AC) , penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan. 

Teknologi Elektrik 
a) Mendapat sekurang-kurangnya Gred minimum B dalam PT3 Tahun 2014 bagi mata pelajaran berikut :  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Matematik  Sains  Kemahiran Hidup 
b) Calon TIDAK RABUN / BUTA WARNA

2. Teknologi Elektronik 

Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik. 

Teknologi Elektronik 
a) Mendapat sekurang-kurangnya Gred minimum B dalam PT3 Tahun 2014 bagi mata pelajaran berikut :  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Matematik  Sains  Kemahiran Hidup 
b) Calon TIDAK RABUN / BUTA WARNA

3. Teknologi Pemesinan Industri 

Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industri. 

Teknologi Pemesinan Am 
Mendapat sekurang-kurangnya Gred minimum C dalam PT3 Tahun 2014 bagi mata pelajaran berikut :  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Matematik  Sains  Kemahiran Hidup

4. Teknologi Kimpalan 

Program ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer.

Teknologi Kimpalan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred minimum D dalam PT3 Tahun 2014 bagi mata pelajaran berikut :  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Matematik  Sains  Kemahiran Hidup

5. Teknologi Automotif 

Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. 

Teknologi Automotif 
a) Mendapat sekurang-kurangnya Gred minimum C dalam PT3 Tahun 2014 bagi mata pelajaran berikut :  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Matematik  Sains  Kemahiran Hidup 
b) Calon TIDAK RABUN / BUTA WARNA

6. Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara 

Program ini memberi pendedahan kepada murid mengendali bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga kerja mahir dalam industri penyamanan. 

Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara 
a) Mendapat sekurang-kurangnya Gred minimum C dalam PT3 Tahun 2014 bagi mata pelajaran berikut :  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Matematik  Sains  Kemahiran Hidup 
b) Calon TIDAK RABUN / BUTA WARNA

7. Teknologi Pembinaan Bangunan

Program ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Murid akan didedahkan dengan bahan-bahan binaan, cara-cara asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan industri

Teknologi Pembinaan 
Mendapat sekurang-kurangnya Gred minimum C dalam PT3 Tahun 2014 bagi mata pelajaran berikut :  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Matematik  Sains  Kemahiran Hidup

8. Pengurusan Perniagaan 

Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.

Pengurusan Perniagaan 
Mendapat sekurang-kurangnya Gred minimum C dalam PT3 Tahun 2014 bagi mata pelajaran berikut :  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Matematik  Sains  Kemahiran Hidup


9. Perbankan 

Program ini menyediakan asas perbankan seperti ekonomi, statistik, perakaunan, perundangan bank, khidmat pelanggan, produk, pemasaran, pemprosesan serta pungutan dan perolehan pinjaman dan etika dalam perbankan. 

Perbankan 
Mendapat sekurang-kurangnya Gred minimum B dalam PT3 Tahun 2014 bagi mata pelajaran berikut :  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Matematik  Sains  Kemahiran Hidup

10. Insurans 

Program ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis, prinsip, fungsi, tata cara, underwriting, proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans serta etika dan salah laku dalam perniagaan insurans.

Insurans 
Mendapat sekurang-kurangnya Gred minimum D dalam PT3 Tahun 2014 bagi mata pelajaran berikut :  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Matematik  Sains  Kemahiran Hidup


Untuk menyertai kami, Sila ke sini. http://www.bptv.edu.my/v4/index.php/info-kemasukan






Aktiviti Kuliah Agama selepas solat maghrib berjemaah.


* Pelajar2 Asrama KVSI tekun mendengar Kuliah Magrib yang disampaikan oleh Ustaz....


*Pelajar2 juga dibekalkan buku panduan yang telah disediakan...


* Antara aktiviti lain di Asrama KVSI ialah Kuliah Magrib yang disampaikan oleh Ustaz jemputan dari Sekolah terdekat. Tujuan utama adalah untuk memberi pelajar2 ini ilmu berkaitan agama dan dapat diamalkan bila-bila masa ketika diperlukan. Walaupun pelajar2 ini pulang pada pukul 5.00 Petang, mereka juga tidak kecuali untuk aktiviti kerohanian.

Jamuan Berbuka Puasa bersama PIBG

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua....

Pada 10/7/2014 telah diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama PIBG Kolej.


*Hamper2 untuk pemenang Kejohanan Asrama Peringkat Kolej. Tahniah pada yang berjaya. Cuba lagi tahun depan ok!!


* Pelajar2 dah mengambil tempat dalam Dewan Makan tu...


* Pelajar2 menunggu dengan penuh sabar. 


*Walaupun berpuasa, riak wajah mereka tetap nampak ceria dan bertenaga.


* Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah, Noor Jasmin Binti Janan. Terima kasih diucapkan kepada jemputan yang hadir pada hari tersebut terutama En. Zubairi, Wakil PIBG KVSI.

Monday, October 20, 2014

Asrama Gemilang Kolej Vokasional Seri Iskandar, Perak


Gambar-gambar sewaktu penilaian Asrama Gemilang utk tahun 2014.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh Warga Asrama KVSI yang banyak membantu dalam penilaian asrama gemilang ini. Diharapkan pada masa akan datang, lebih banyak pihak luar memberi sumbangan dari segi tenaga dan bantuan kewangan....


* Bilik Warden 


* Bilik Siaraya




 * Dewan Makan Aspura







* Keadaan Dorm Lelaki..








* Bilik Penyelia Asrama


* Bilik Penyelia Kanan

Sunday, October 19, 2014

Ceramah Agama 12.10.2014

Pada hari Ahad (12.10.2014), Selepas solat Magrib berjemaah. Pelajar dikerah untuk ke Dewan Bestari bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz. Program seperti ini memang selalu diadakan di Asrama KVSI ini. Ia juga bertujuan untuk memantapkan lagi Rohani dan sahsiah pelajar Asrama.


*Pelajar Asrama Mengambil tempat di Dewan Bestari KVSI.


*Pelajar perempuan juga berkesempatan untuk mendengar ceramah agama kali ini.....


*Pelajar lelaki khusyuk mendengar ceramah dari Ustaz tersebut...


*Gelagat Sebilangan pelajar muslim ketika mendengar ceramah....


*Penceramah jemputan pada malam tersebut....


Karnival Asrama antara Kolej Vokasional/Teknik (KAVoT) 2014
15-18 Oktober 2014
Peringkat Kebangsaan di Johor Darul Takzim.



 * Nursyazwina sedang beraksi membawa lagu Laksamana Mati Dibunuh oleh Dato CT...


*Bergambar kenangan bersama rakan (Syam) dan pesertanya dari KV Port Dickson....


* Peserta lelaki Zon Perak (Qayyum) sedang beraksi dalam Lagu Melayu Asli....


* Peserta perempuan sudah bersedia untuk membuat persembahan dengan lagu Setiaku Di sini oleh Ziana Zain.....


* Gaya yang sungguh anggun dan mempesona dari peserta.....


*Peserta berdebar-debar menunggu keputusan dari juri-juri profesional kita....


* Sempat bergambar bersama Guru Pengiring dan Pelajar-pelajar yang bertanding.....

Untuk KAVoT 2015, Kita jumpa nanti di Negeri Pahang Darul Makmur.....

Pelancaran Blog Asrama Kolej Vokasional Seri Iskandar, Perak

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dengan ini, Blog Asrama KVSI dilancarkan pada 20.10.2014.